Monday, 20 January 2014

Buat-buat.

Aku buat kuat.
Sebab tak mahu kau nampak aku lemah.
Aku buat keras.
Sebab tak mahu kau gelar aku lembik.
Aku buat tabah.
Sebab tak mahu kau kata aku rapuh.
Aku buat ketawa.
Sebab tak nak kau bilang berapa banyak air mata yang mengalir.
Aku buat bahagia.
Sebab tak nak kau rasa kau punca aku derita.
Aku buat senyum.
Sebab tak nak kau cakap aku budak cengeng.

Itu aku buat.
Apa kau tahu hakikat sebenarnya??

Rindu yang amat dalam aku pendam.

Sayang yang sangat kuat aku tanam
Kerana aku dan kau cuma permainan kisah silam.
Hmm..

Terima kasih sayang.
Kau datang cuma teman hari semalam.. 
Kau hari ini untuk lihat ku pergi dalam kelam.
Jangan khuatir, kerana hati ini diam, kepala masih tunduk tanda faham.




~Pergi sayang pergi..... 

Sunday, 12 January 2014

Tolonggg....

Cinta.
Ya, bahagia.
Ya, teruja.
Apa tidaknya.
Ada yang sayang ada yang ambil berat tiap masa. 
Ada dan sentiasa ada.

Rindu.
Selalu. 
Kalau boleh nak selalu ketemu.
Andai diberi sayap mahu terbang tak kira mana arah tuju.
Tak pernah kata tak.
Malah semakin kuat.
Terkadang langgar semua, agar dia tahu rasa itu.

Itu kata orang yang hangat berasamara.
Pernah rasa jatuh cinta?
Pernah rasa macamana jatuh selepas jatuh cinta??
Nampak sama tapi jauh berbeza.
Terlalu berbeza.... 

Gila.
Belum lagi sampai tahap itu.
Tapi kalau kawal itu tak pernah.
Sungguh tak mustahil berlaku.

Mati.
Bila dah jatuh mula rasa hilang arah.
Mana kekasih yang kau sanjung dulu ??
Mana dia sang pujangga yang sanggup menjagamu tanpa jemu.
Hati ini sudah mati.
Hati ini tak lagi dipeduli..
Kerana apa?
Kerana cinta yang pernah kau hargai nyata kini tiada lagi.
Kemana pergi???
Pergi bersama kemenanganmu dengan hati yang baru.
Aku? Masih lagi dengan hati ku yang dulu.
Cuma bezanya, aku sendiri kau kini berdua

Rimas.
Tolong pergi.
Aku minta padam memori.
Andai aku diprogram nyahkan saja semua biar langsung tak berbaki.
Rimas sungguh dikelilingi.
Dibayangi. 
Tolong lah pergi.
Tolong lah.. 
Tolong berambus ! 





~Maaf, hati ini lelah.
MALAM.

Thursday, 9 January 2014

Gagal...

Mata pejam tidak bisa.
Mata lelap itu tidak mahu.

Puas hati pujuk.
Puas akal memaksa.

Namun bukan mata yang degil.
Tapi daya itu hilang untuk bertahan. 
Tenaga itu habis sia-II.
Semangat itu entah kemana terbangnya.

Jangan pernah kau persoal siapa aku.

Jangan pernah kau tanya tentang apa ku mahu.
Kerana aku sendiri kabur.
Aku sendiri sedang menapak mendaki mencari punjak tujuku.

Kau baca? Kau tahu apa ku rasa?
Baguslah.
Kau tak tahu? Jangan pernah nak menilai tanpa usul periksa.


Bukan niat mahu lancang berbicara.
Sungguh hati ini lebih lemah dari yang disangka.
Namun yang nyata aku gagahkan jua.

Untuk apa? Untuk berpura-pura atas gembira yang kau cipta.

Cipta????
Ya,  kau cipta bersama dia.
:')


Sedikit tulisan yang jauh berpengalaman aku kongsikan.
Agar kau tahu apa aku rasa.
Apa ada dalam jiwa.



Pinjam kata-II mu BSA.



~Malam.. yang sia-II.....