Wednesday, 29 May 2013

Jangan persoalkan...

Aku datang, kau pergi.
Aku dekat, kau jauh.
Aku beri, kau buang.
Aku ingat, kau lupa.
Aku cuba, aku usaha, namun hampa.

Kedatangan kau aku sambut baik.
Kehadiran kau buat aku bahagia. 
Hingga kadang aku terleka yang ini cuma bahagia dunia.

Bukanlah hati tak redha.
Cuma mungkin perlu masa.
Bukan mudah kita lupa saat itu. 
Yang kita lakar bersama.
Sedang terconteng sedikit dengan pensil bila dipadam pun masih nampak bekasnya.
Apa lagi bila lukisan tuh dicalit dengan pelbagai warna.
Apa itu mudah bagi kau?
Mungkin.
Tapi bukan pada aku.

Kesilapan aku semalam buat ego kau tinggi jadi gunung.
Kekhilafan aku semalam buat kau rasa pahit semua.
Kelemahan aku buat kau kuat.
KUAT untuk melepas aku pergi.

Terima kasih sebab kau penah wujud dalam hati.
Manusia seperti aku tidak setanding orang sehebat kau.
Sampai masa aku sedar diri.
Masa ini masa berkualiti.
Untuk aku kembali ke CINTA suci CINTA hakiki CINTA yang kekal abadi.
Aku tahu ENGKAU merencana sesuatu yang terbaik untukku..
Sesungguhnya CINTA~Mu Cinta yg SATU.
Bimbinglah aku wahai PENCIPTA ku.
Agar aku tidak alpa dengan dunia yang penuh leka.




Selamat tinggal. 
ALHAMDULILLAH DIUJI.
Syukurrrrr... 

No comments:

Post a Comment