Thursday, 25 July 2013

Luka...



Dalamnya...
Tak mampu diungkap.
Tak kuat diluah..

Pahitnyaa...
Hanya mampu ditelan..
Hanya tersimpan diam..

Peritnyaaaa..
Cuma boleh dirasa..
Cuma seksa dijiwa.. 

Hmm..
Terkadang tertanya sendiri..
Soalan datang silih berganti..
Namun jawapan itu tak ditemui..
Tidak pasti..

Bukan mahu melawan takdir..
Jauh sekali tidak redha ketentuan Ilahi..
Cuma hati kurang pasti..
Mengapa hingga teruk sebegini..
Hadir aku bukan menagih simpati..
Bukan untuk dibenci..
Tetapi mencari jawapan yang pasti..

Letih itu sehingga buat ku lali..
Lelah sebegini seperti sebati dgn diri..
Aku bencii...
Benci dgn diri sendiri..
Tak perlu rasanya mengingati..
Sedangkan diri sendiri sudah mula dilupa..

Doa itu usahaku..
Doa itu kekuatanku..
Andai itu takdirNya,
Jodoh tertulis untukku tidak kemana..

Bukan terlalu mengimpi seorang teman.
Diri sendiri juga masih lagi terkadang keanak-anakan..
Percaya pada janji yang satu..
Cuma kesabaran yang ku perlu tanpa jemu..

Maaf atas ketelanjuran..
Aku harap kau kenal erti penyesalan..
Tidaklah mengharap kau menerima balasan..
Cuma harap kau faham apa itu makna tekanan..
Apa itu rasa kesedihan..

Luka ini dalam..
Walau ku diam..
Namun hati sendiri tak pernah menipu rasa yang dipendam..
Ku harap bantuanNya segala memori terpadam.
Agar aku bisa pergi dari dunia kelam..

Andai aku robot atau komputer yang diprogram.
Sudah lama kau lenyap bersama bayangan semalam.
Namun aku manusia lemah..
Selalu kalah...

Maaf, keikhlasan semakin pergi..
Semakin menghilang walau cuba ku cari..
Doaku agar Allah melindungi.



~Kelam..Selamat malam..

No comments:

Post a Comment