Teringatkan lirik lagu yg fames kat radio skng..
"Aku yang dulu bukanlah yang sekarang
Dulu ku ditendang sekarang ku disayang
Dulu dulu dulu ku menderita
Sekarang aku bahagia"
Hmm..
Mgkin kalau aku penulis lirik.
Setiap bait aku terbalikkan.
Setiap perkataan aku "antonim" kan..
Mengarut?
Tidakk. cuma bercerita hal yang pasti..
Teringat lagi...
Waktu disayang..
Disanjung bagai seorang puteri.
Bagai permaisuri bagai maharani..
Akulah yang paling menyinari. Aku seoranglah menghiasi hati. Aku lah pelengkap hari.
Itu teringat..
Tapi hakikat...
Sejak tiada lagi rasa. Sejak hilang sayang. Sejak pudar cinta.
Semua berubah.
Aku ibarat sampah.
Semua serba tak kena. Semua serba kurang.
Manis jadi pahit. Cantik bertukar buruk.
Cerita kita dah lama tamat pada kau.
Tp xpnh berakhir dlm hidup aku.
Bukan xnak bangun, bkn nk terus hidup dlm kngn, dlm bayangan.
Cuma rasa sayang yang setia melekat di hati buat ingatan tak bisa lupa.
Mudah pada kau kerana melepaskan. kerana meninggalkan.
Tp tidak pada aku yang kau tinggalkan.
Terkontang kanting.
Dibiarkan seolah aku barang terbuang, sudah usang.
Tak lagi diperlukan.. Tiada lagi kegunaan..
Kuasa Allah..
Gerak hati itu Dia yang beri..
Patut hati rasa berdebar. Seperti memberi petunjuk..
Tapi apa??
Diri mula berfikir sendiri dengan soalan tanpa jawapan.
Nahhh...
Kuasa Allah..
Kuasa Allah..
Kuasa Allah..
Ditunjukkan bukti dpn mata..
Mahu terkedu namun aku gagahkan..
Mahu rebah rasa badan namun aku tahan..
Rupanya ini jawapan yang aku cari..
Terima Kasih Allah..
Tanpa lengah kau tunjuk..
Terima kasih Allah.. kerana menyayangi hambaMu ini...
Senyum kau sekarang buat hati terguris..
Bahagia kau buat aku derita.
Semudah ini secepat ini kau punya pengganti?
Kata-katamu dulu masih jelas di ingatan..
Tapi sayangg.. ia tidak dilaksanakan malah kau sudah melupakan..
Kuasa Allah....
Moga kau dilindungi.
Maaf, hati sakit. Cuba rawat. Pulih itu entah bila.
Aku redha.
Tapi ikhlas itu mana?? Makin jauh.
Maaf, aku manusia biasa.
Aku juga kalah dari terus bertahan. Dari terus berpura yang aku rela.
Hmm..
Hidup di dunia byk hukum byk undang-II nya.
Andai dilanggar, adalah balasannya.
Bukanlah diri mendoakan..
Tapi ingatlah balasan Tuhan..
Itu pasti....
Jadi, berhati-hati.................
~CLOSED~
bersabar :) setiap ape yang Allah caturkan ade hikmah , percaturan Allah tu cantik kak ^_^
ReplyDeletemaseh syg..... :')
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete