Awan memutih itu pernah cerah disinari matahari..
Walau terkadang ia gelap menampung beratnya air hujan..
Tapi hujungnya pelangi muncul penuh warna meliputi..
Perasaan..
Siapa bisa lari dari memiliki dan dimiliki..
Siapa mampu lari dari realiti dan naluri yang saling menghendaki..
Sesungguhnya kita manusia kita hamba..
DIA telah menentukan segala jalan cerita kita..
Takdir memang penentunya, tetapi tanpa sedar takdir itu mungkin sementara..
Bersyukurlah hendaknya..
Tak mudah menerima tapi apakan daya..
Indah atau sebaliknya hanya hati sendiri yang tahu jawapannya..
Mungkin diri sendiri mencipta bahagia..
Tapi tanpa sedar ia turut mengundang derita..
Memanggil duka..
Memaksa air mata mengalir..
Tahniah atas perkhabaran gembira..
Kini kau sudah melepasi satu fasa baru..
Yang dulu pernah kita cita-II kan bersama..
Kini cincin pengikat telah tersemat tersarung di jari manisnya..
Ini takdirmu..
Takdir kita sudah lama sampai penghujungnya..
Takdir kau dan dia baru saja bermula..
Tahniah kerana impianmu hampir terlaksana..
Ku doa kau bahagia..
Air mataku bukan lagi air mata duka..
Air mataku kini air mata gembira..
Walau pipi basah dengan linangannya..
Aku mahu kau tahu doa aku sentiasa mengiringi mahligai yang bakal tercipta..
Redha..
Bukan jodoh kita..
Senyumlah hati..
Ketawalah..
Kerana dia pernah buat kau bahagia
..................................................................................................................................
~TERIMA KASIH......
No comments:
Post a Comment