Cahaya..
Itu terang..
Datang disebalik satu sudut yang gelap..
Munculnya sebagai teman rapat..
Lalu, jadi penyuluh jalan yang dahulunya kelam..
Cahaya..
Itu kau bawa..
Sinarnya penghapus duka..
Terangnya membawa bahagia..
Mungkin ini petanda?
Mungkin juga cuma sementara..
Hanya Dia Penentu segala..
Cahaya..
Itu diturunkan dariNya...
Penggerak hatimu datang kepadaku..
Penyuntik rasa supaya kau ada..
Penulis cerita kita...
Aku dulu pernah duduk dalam kegelapan.
Pernah buntu tanpa arah tuju..
Pernah jatuh tanpa kekuatan untuk bangun.
Pernah menangis tanpa mahu berhenti.
Pernah disakiti, pernah dikhianati..
Cuma Dia tahu betapa sakitnya HATI.
Takkan aku biar cahaya itu gelap dan pergi..
Terima kasih kerana hadir..
TERIMA KASIH CAHAYA....

No comments:
Post a Comment